Menu mengejut tgh ari td, igt nk ajk Mr.Love mkn lunch kat luar.. tp pg td pg pasar mcm2 lauk ade beli termasuk la udang ni. Mcm rugi jer plak,, da beli tp x masak... So fetty pun amik keputusan utk masak. & dan yg terlintas kat pala nih, msk lomak udang... perhhh...
Nk jadikan cite, tgn fetty ni x berapa tahan tumbuk cili, pijor 1 tgn nnti. Mintak la tolong Mr.Love tumbukkan, fetty bg 4 biji cili padi, tp Mr.Love ckp x ckup mentang2 la dia tukang tumbuk... fetty da ckp cili padi yg jenis pedas... ape lagi dia tambah cili...ape nk kata podeh gilerrr... tp sodap......
Bahan:- (utk 2 org mkn)
Udang (suka ati ler nk bnyak mana k)
1 cawan santan
3biji bwg merah
4 biji cili padi
1 inci kunyit hidup (kunyit serbuk pun ok,, klu xde yg hidup)
1 btg serai
1 biji tomato
sedikit belacan
Ajinomoto
Garam
Cara:-
serai diketuk
Bahan yg ditumbuk lumat: cili+bawang+kunyit+belacan
masukkan udang.santan,serai & bahan yg ditumbuk td kedlm 1 periuk..
masak hingga mengelegak, masukkan aji & garam. Tambah air jika mahu lebih kuahnya.
Sebelum tutup api masukkan tomato. Fetty suka masukkan tomato last, sbb fetty suka tomato x lembik sgt...
Selesai... selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment