Monday, March 23, 2015

Biskut Tiramisu

Selamat pagi
Salam pagi Isnin... Kaklong nk kongsi 1 resepi yg klong dapat dr Fb.. Memang simple dan mablessss giler. Tapi kaklong sikit ubah la dr resepi asal...


Bahan:-
1 peket biskut
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
4 sudu besar tepung kastard
1 cawan air
secubit garam
serbuk milo
1 sudu marjerin

Cara:-
satukan marjerin, susu cair, susu pekat, air, tepung kastard dan garam dlm periuk sebatikan,, masak dgn api yg perlahan sehingga pekat.
tutup api
susun biskut dlm bekas/loyang
masukkan kastard tadi dan taburkan milo... ulang perkara yg sama sehingga kastard habis...
Selamat Mencuba

Saturday, March 21, 2015

Kurma Kukus

Hai,, Salam buat semua.. lama betol kaklong fetty x singgah kat blog. Almaklum lah da masuk keje balik,, smpai nk berenti balik x pernah da masuk ke sini,, sgt membzkan diri.
Arini klong fetty  berkongsi resepi pemanis mulut yg enakkk bangat..Bahan yg senang dicari..




Taraaaaa...... Kurma Kukus...
Bahan:-
Buah kurma secukupnya
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum
daun pisang secukupnya

Cara :-
Satukan santan, garam dan tepung gandum.. gaul sebati...
sementara sediakan bahan2nya, panaskan periuk kukus
letak daun pisang dlm pinggan kaca, susun buah kurma.. tuangkan bancuhan santan tadi,
setelah air kukusan mengelegak masukkan mangkuk yg da berisi santan dan kurma tadi kukus selama 10-15 minit sehingga santan bertukar agk pejal...
Sejukkan dan bole mkn dengan selera nya.... Alhamdulillah...
Selamat Mencuba.....